fbpx

Keluarga Muhammad Zaharif Affendi layak terima pampasan takaful RM7,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairudin (kiri) menyembur air ke arah peserta Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Madani Parit di Dewan Terbuka Ngah Sagor, Parit hari ini.

PARIT – Keluarga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang maut akibat dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru di Ipoh semalam layak menerima pampasan takaful berjumlah RM7,000.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, ini kerana setiap pelajar sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) dilindungi Skim Perlindungan Murid di bawah bantuan pembelajaran iaitu Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM).

“Pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan menyusun dan memastikan bahawa arwah akan mendapat pampasan sepatutnya. Ia membabitkan manfaat perlindungan TPSM kematian akibat kemalangan berjumlah RM5,500 serta Khairat Kematian Takaful Murid sebanyak RM1,500.

“Saya mewakili kerajaan negeri Perak menzahirkan rasa simpati dan mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Madani Parit di Dewan Terbuka Ngah Sagor di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kejadian yang berlaku sekitar pukul 12.30 tengah hari itu berlaku membabitkan motosikal jenis Yamaha ditunggang Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie, 17, dan sebuah kereta Perodua Ativa dipandu lelaki berusia 44 tahun.

Suspek yang merupakan seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintenden ditahan bagi membantu siasatan kes langgar pelajar tersebut di Jalan Taman Jati dekat Meru semalam, dengan dia direman tiga hari bermula hari ini.

Tambah Khairudin, insiden yang menyebabkan kematian pelajar terbabit adalah suatu yang mengejutkan memandangkan Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi merupakan calon SPM 2023 dan bakal menduduki peperiksaan pada bulan hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI