fbpx

Graduan USIM berbakti di Semporna dapat penghargaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapan graduan Ijazah Sarjana Muda yang menerima Anugerah Khas Mus’ab Bin Umair Ijazah Sarjana Muda pada Majlis Konvokesyen ke-21 USIM di Nilai semalam. – AMIR KHALID

NILAI – Pengorbanan lapan graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjalani latihan industri di Semporna, Sabah mendapat penghargaan apabila mereka menerima Anugerah Khas Mus’ab bin Umair pada Majlis Konvokesyen ke-21 universiti itu di sini semalam.

Anugerah tersebut diberikan Pertubuhan Semporna Prihatin yang diasaskan anak jati Semporna, Hassan Unus yang juga pelajar lepasan ijazah universiti berkenaan.

Menurut Muhammad A’zim Mohd. Hafiz, 23, pengalaman kali pertama menjejakkan kaki ke Semporna pada Ramadan lalu dan berbuka puasa di Pulau Sebangkat membuka matanya terhadap cabaran berdakwah yang bakal dilaluinya selepas ini.

Graduan Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam itu berkata, ketika itu, terdapat tiga penduduk lelaki sahaja yang menyertai solat tarawih berjemaah membuatkan dia nekad untuk berusaha lebih keras mendekati masyarakat di sana.

“Latihan ini sangat bermakna kerana rata-rata anak-anak kecil di Semporna boleh membaca al-Fatihah dengan jelas dan suara mereka juga merdu. Mereka juga menjadikan zikir sebagai nya­nyian.

“Saya percaya jika lebih ramai lagi pendakwah pergi ke sana, anak-anak ini akan mendapat le­bih banyak pendedahan me­ngenai Islam dan mengamalkan ajaran agama Allah dengan lebih baik,” katanya ketika ditemui.

Sharifudin ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Konvokesyen ke-21 USIM di Nilai semalam.

Jelas Muhammad A’zim, dia berasa teruja apabila dihantar ke Pulau Karindingan melalui prog­ram penghantaran pendakwah ke pulau itu oleh Pertubuhan Semporna Prihatin selama sembilan hari untuk mengajar fardu ain kepada kanak-kanak di sana.

Sepanjang berada di sana, dia tinggal dan mengajar di surau dari pukul 10 hingga 11 pagi setiap hari.

“Pada hari pertama, hanya 10 kanak-kanak yang datang dan jumlahnya bertambah pada hari keempat. Ramai kanak-kanak Bajau Laut datang untuk belajar agama walaupun tiada bekalan elektrik di sana.

“Ada yang datang naik bot dan pe­rahu walaupun mereka ber­puasa dan cuaca panas semata-mata untuk belajar agama.

“Pengor­banan dan semangat mereka begitu menyentuh hati saya. Walaupun daif ia tidak menghalang mereka untuk belajar,” kata pemuda itu.

Bagi Natasha Abdullah, 23, peluang menjalani latihan industri di Semporna membuka matanya tentang keperluan masyarakat setempat mempelajari Islam ke­rana rata-rata mereka tidak bersekolah disebabkan tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

“Menjalani latihan industri di sana memberi peluang kepada anak-anak muda berkhidmat di kawasan pendalaman yang sememangnya memerlukan pendakwah yang selayaknya,” kata gadis itu.

Jelasnya, pada awalnya, hanya lima penempatan disediakan di Semporna, namun lapan pelajar USIM terdiri daripada tiga lelaki dan lima wanita sanggup ke sana untuk melakukan kerja-kerja dakwah selama empat bulan sejak Mac hingga Julai lalu.

“Saya mengajar fardu ain. Kami datang bukan untuk menjadi guru yang sempurna, namun alhamdulilah sambutan sangat menggalakkan daripada kanak-kanak seawal usia enam hingga 17 tahun.

“Malah, saya juga menerapkan kaedah dakwah yang dipelajari dalam kelas iaitu melayan mereka dengan penuh kasih sayang serta membuat mereka selesa untuk belajar secara mendalam lagi,” katanya.

Menurut graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Akidah Agama itu, dia juga berhasrat untuk kembali ke Semporna lagi, namun sebagai guru sekiranya diberikan peluang tersebut.

Terdahulu, Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani dalam ucapannya berkata, seramai 3,146 gra­duan termasuk 2,588 pelajar menamatkan pengajian di pering­kat Ijazah Sarjana Muda, 340 (Diploma Siswazah), 108 (Sarjana) dan 110 (Ijazah Doktor Falsafah) pada majlis tersebut.

Konvokesyen USIM ke-21 bertemakan ‘Graduan USIM Pemangkin Masyarakat Madani’ iaitu graduan yang dilengkapkan dengan nilai ilmu, disiplin serta takwa dan boleh menjadi suri teladan atau role model kepada masyarakat Madani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI