fbpx

Anwar, Azizah selamat tiba di Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan isteri, Dr. Wan Azizah tiba di Tokyo, Jepun malam tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di Tokyo, Jepun malam tadi.

Menurut Anwar, beliau ke negara itu untuk lawatan kerja sulung di Jepun serta menyertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun.

“Seraya disambut oleh Duta Besar Malaysia Ke Jepun, Datuk Shahril Effendi Abd Ghany dan Naib Menteri Luar Jepun Yasushi Hosaka.

“Saya sempat bertegur sapa dengan warga kedutaan selain staf lokasi penginapan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Anwar berkata, sepanjang lima hari di Jepun, beliau turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Jepun, Fumio Kishida.

Kata beliau, seterusnya mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua eksekutif syarikat korporat gergasi dan pemimpin-pemimpin industri.

“Tidak lengkap juga lawatan ini jika tidak bertemu dengan diaspora Malaysia dalam satu pertemuan yang diatur nanti.

“Mohon dititipkan doa agar semua yang dirancang berjalan lancar sebaiknya, insya-Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI