fbpx

Pakar sahkan fenomena UFO ‘berapi’ sahih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH UFO yang 'terbakar' terbang di langit Quebec pada 2018. - Foto History

OTTAWA, Kanada  – Beberapa pakar yang menganlisis rakaman video menunjukkan sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) ‘berapi’ di langit Quebec,  memutuskan bahawa kejadian itu benar-benar berlaku, lapor portal berita The Sun.

Menurut portal berita itu pada Selasa lalu, seorang ahli astronomi dan pereka kesan video, Marc D’Antonio percaya terdapat sebuah objek yang terbang di langit tanpa mengira sama ada ia UFO atau sebaliknya.

Rumusan itu dibuat selepas sebuah keluarga melihat UFO berapi itu  di Quebec, Kanada pada 2018 ketika waktu siang dan membuat rakaman menggunakan kamera.

Saluran televisyen History bagaimanapun mahukan  pendapat kedua. Pihaknya meminta penganalisis penerbangan dan ketenteraan, Tim McMillan yang kemudian menyatakan bahawa objek itu mempunyai permukaan pantulan yang sangat kuat, hampir kelihatan seperti cermin.

Cahaya Matahari memantulkan objek itu dan ia mungkin menyebabkannya kelihatan seperti terbakar dan beliau berkata, UFO tersebut  hampir menyerupai belon mylar yang berwarna perak  serta berkilat.

Belon mylar diperbuat daripada plastik bersalut logam dan mempunyai warna yang terang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI