fbpx

Bekas komando disyaki hilang terjatuh longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bahrin (dua dari kiri) melihat keadaan air Sungai Mengkibol selepas sidang media di Pusat Kawalan Tempat Kejadian di Kampung Palembang di Kluang.

KLUANG – Warga emas yang juga bekas anggota pasukan Gerup Gerak Khas (GGK) yang dilaporkan hilang selepas menghadiri majlis Santapan petang bersama Sultan Johor petang semalam dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ismail di bandar Kluang.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata,, hasil pemeriksaan ke atas sebuah rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di bangunan Persatuan Eng Choon mendapati terdapat kelibat seseorang terjatuh ke dalam longkang besar berhampiran Sungai Mengkibol pada masa dilaporkan.

“Susulan itu satu pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada 50 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, Pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kluang dilancarkan.

“Pada awal pencarian, gerakan dimulakan dengan mencari di dasar Sungai Mengkibol dan longkang kerana keadaan air kawasan tersebut cetek,” katanya pada sidang media gerakan mencari dan menyelamat di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Palembang dekat sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Ab Manan Keri, 73, tidak pulang ke rumah selepas hadir ke majlis Santapan petang bersama Sultan Johor dengan lengkap berpakaian baju Kelab Veteran Komando dan Beret Hijau semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI