fbpx

Promosi barangan buatan Malaysia ke peringkat antarabangsa – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada perasmian Karnival Barangan Malaysia di sini hari, ini. FOTO-FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Usaha mempromosi barangan buatan Malaysia ke peringkat antarabangsa perlu dilakukan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, peranan itu harus diambil oleh semua pihak bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Katanya, beliau juga turut memainkan peranan itu dengan memperomosi produk Malaysia antaranya pakaian batik di peringkat antarabangsa ketika menghadiri persidangan mahupun lawatan kerja.

“Esok petang, saya ke Tokyo, Jepun untuk mesyuarat ASEAN dan semua 10 negara ASEAN di undang Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan satu malam dia kata boleh pakaian sut atau pakaian rasmi.

“Saya beri nota, (saya sebut) nak pakai Batik Malaysia walaupun di sana (Jepun) musim sejuk… ini sebab saya rasa bertanggungjawab untuk promosi barang buatan Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Barangan Malaysia 2023 di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau mahu pengusaha batik tempatan menerapkan nilai serta keindahan seni Melayu dan Islam dalam corak batik yang dihasilkan.

Jelasnya, rekaan serta corak batik itu mestilah menampilkan kekuatan dan keindahan seni Melayu Islam tempatan dan di rantau ini.

“Saya anjurkan supaya pengusaha batik tempatan faham tentang nilai, keindahan seni melayu dan islam di rantau ini.

“Corak-corak itu boleh dibuat dan dikembangkan berdasarkan keaslian dan diindahkan mengikut citarasa semasa (Melayu dan Islam tempatan),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI