fbpx

Kena potong gaji, syarikat mahu MC tak terima status MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita mendakwa suaminya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama lima hari disebabkan perlu menjalani kurantin kendiri akibat positif jangkitan Covid-19.

Dakwa wanita itu lagi, pihak syarikat suaminya enggan menerima status MySejahtera serta meminta sijil cuti sakit (MC)sebagai bukti untuk tidak hadir bekerja.

“Suami positif Covid-19, tapi doktor tak nak bagi surat MC. Doktor maklumkan ikut pada MySejahtera sahaja.

“Masalahnya pihak syarikat tempat kerja suami tak nak terima, cuti lag tanpa gaji, lima hari, perit juga.

“Kenapa doktor tak nak bagi MC ya? Kalau demam biasa boleh pula bagi siap tanya nak ke tak MC,“ soalnya dalam hantaran di Facebook.

Sementara itu, tampil menjawab pertanyaan wanita terbabit, Public Health Malaysia (PHM) menerusi ruangan komen memaklumkan, sekiranya seseorang individu didapati positif Covid-19 dan perlu menjalani kurantin kendiri di rumah, mereka hanya perlu menyerahkan salinan sijil digital Home Surveillance Order (HSO) kepada pihak syarikat.

“Memang itu prosedurnya (tiada pemberian MC) sebab HSO lagi kuat dari MC (untuk mohon pengecualian bekerja),” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Mohd. Noor memaklumkan pihak majikannya juga enggan menerima sijil digital HSO untuk memohon cuti akibat perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Dakwa pengguna tersebut, pihak syarikat menuntut sijil cuti sakit dan sekiranya gagal berbuat demikian, dia perlu bekerja seperti biasa atau pemotongan gaji sepanjang tempoh bercuti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI