fbpx

Almera hilang kawalan punca nahas 10 kenderaan, pemandu lori mati tersepit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di kilometer 457, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, Petaling Jaya, malam tadi.

PETALING JAYA- Kemalangan awal kereta jenis Nissan Almera menjadi punca nahas 10 kenderaan sehingga seorang disahkan maut di kilometer 547.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, M Hussin Solehuddin Zolkifly berkata, kereta jenis Nissan Almera tersebut dipandu seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun.

Katanya, ketika kejadian, pemandu berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas dan dilanggar beberapa kenderaan lain.

“Kejadian itu diterima Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada pukul 10.56 malam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu Nissan Almera yang hilang kawalan sebelum dilanggar beberapa kenderaan lain.

“Dalam masa yang sama, sebuah lori jenis Mercedes Benz cuba mengelak kemalangan tersebut menyebabkan sebuah lagi lori jenis Volvo di belakang telah melanggarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut M Hussin, pemandu lori jenis Mercedes Benz yang dilanggar telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit pada kenderaannya.

“Kesemua yang cedera telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan dan mangsa yang maut dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

“Sehubungan itu, kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan seorang pemandu lori maut dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu pada pukul 9.58 malam.

Dalam kejadian tersebut, didapati pemandu lori meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang pemandu lelaki berusia 20-an mengalami cedera ringan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI