fbpx

Saluran pernafasan pecah gara-gara tahan bersin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan luka ditemui selepas imasan CT. - Sanook

BANGKOK –  Saluran pernafasan atau tenggorok seorang lelaki dilaporkan pecah setelah dia menahan diri daripada bersin, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kejadian pertama seumpamanya di dunia itu didedahkan oleh pakar perubatan forensik Universiti Srinakharinwirot, Dr. Veerachai Jarusachaisri.

Pesakit dilaporkan hendak bersin ketika dia memandu. Daripada membiarkan perkara itu berlaku, dia sebaliknya menahan diri dengan menutup hidung dan mulutnya.

Tindakan itu mengakibatkan tekanan pada saluran pernafasannya meningkat 20 kali ganda berbanding biasa lantas menyebabkan saluran pernafasannya pecah.

Selepas dirujuk kepada jabatan kecemasan akibat sakit leher dan bengkak teruk, pesakit berkenaan didapati tidak mempunyai masalah pernafasan, menelan atau bercakap.

Imbasan tomografi (CT) memaparkan kesan luka bersaiz 2×2 milimeter pada saluran pernafasannya disebabkan oleh peningkatan tekanan secara pesat.

Doktor membuat kesimpulan bahawa lelaki itu tidak memerlukan pembedahan. Sebaliknya, dia dipantau selama dua hari untuk memastikan tahap oksigennya kekal stabil.

Laporan susulan selepas lima minggu kemudian menunjukkan bahawa luka itu telah sembuh dengan baik, seperti yang didedahkan dalam imbasan CT. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI