fbpx

Shah Rukh Khan ‘back up’ kru filem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN

KEMASYHURAN tidak pernah mengikis nilai kemanusiaan Raja Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK).

Rata-rata yang pernah bekerja dengan aktor tersohor itu mendedahkan dia sebagai insan berbudi pekerti tinggi dan ramah dengan semua orang di set pengggambaran.

Dalam sebuah podcast, SRK meraih pujian kru ketika menyempurnakan penggambaran sebuah iklan.

Mereka menyatakan SRK sangat protektif apabila menegur pengarah sebuah produksi yang memarahi kru dalam satu insiden.

Menurut mereka, teguran dibuat juga secara berlapik tanpa menggunakan ayat kasar sebaliknya dengan penuh adab sehingga membuatkan orang sekeliling semakin menghormatinya.

“Inilah superstar sejati. Dia peduli dengan hal serta individu lain biarpun hakikatnya dia boleh sahaja buat hal sendiri,” kata mereka.

Sepanjang menceburi arena lakonan lebih empat dekad lalu, aktor berusia 58 tahun itu sememangnya berada di tangga teratas sebagai pelakon paling disayangi ramai.

Keperibadian murni yang tidak sombong membuatkan dirinya sentiasa disanjung ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI