fbpx

Rombakan Kabinet: Menteri Kabinet mula memasuki Pejabat Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa menteri Kabinet dililhat mula memasuki Pejabat Perdana Menteri tadi dan ia dipercayai bagi menghadiri sesi rombakan kepimpinan yang dijangka hari ini.

PUTRAJAYA- Beberapa menteri Kabinet dilihat mula memasuki Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra pagi ini dan ia dipercayai bagi menghadiri sesi rombakan kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang dijangka dilaksanakan hari ini.

Antara menteri Kabinet yang mula memasuki Pejabata Perdana Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang tiba kira-kira pukul 8.45 pagi tadi.

Ia turut disusuli dengan beberapa menteri Kabinet lain termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Terdahulu, Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan penstrukturan semula Kabinet hari ini, sekali gus menjadi perubahan pertama dalam kepimpinan selepas gabungan parti itu berjaya menawan Putrajaya.

Buat masa ini, antara portfolio yang dijangka diumumkan esok ialah bagi mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas kematian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI