fbpx

Rombakan Kabinet: Anwar harap kekal sehingga pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada sidang akhbar berkenaan rombakan Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. - FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku perubahan dalam Kabinet sehingga menjelang pilihan raya akan datang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada prestasi Jemaah Menteri dan tuntutan keadaan semasa.

“Saya harap Insya-Allah kalau keadaan prestasi baik, memuaskan dan tidak ada tekanan atau permasalahan baru seperti digital, saya fikir tidak akan ada perubahan.

“Kita terus ada rencana empat tahun akan datang sehingga pilihan raya umum nanti,” katanya pada sidang akhbar khas di sini, hari ini.

Sebelum itu, Anwar berkata, keputusan merombak Kabinet itu adalah bagi membuat penyesuaian dan perubahan yang diperlukan.

“Keadaan juga berubah, bukan setakat berdasarkan prestasi yang lalu, tetapi perubahan pertumbuhan ekonomi dan permasalahan rakyat yang perlu ditangani dengan baik,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI