fbpx

Penjawat awam pikat isteri, suami orang boleh dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lelaki atau wanita yang mempunyai hubungan sulit dengan pasangan lain boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk dipenjara.

Menerusi perkongsian di Instagram rasmi, Angkatan Pertahanan Awam hari ini, satu notis pemberitahuan memaklumkan menjadi satu kesalahan sekiranya terdapat mana-mana penjawat awam menjalinkan hubungan sulit sesama penjawat awam sehingga merosakkan hubungan suami isteri.

“Menjalinkan hubungan sulit antara penjawat awam sehingga menyebabkan hubungan suami isteri terjejas adalah merupakan kesalahan tatatertib dan boleh diertikan sebagai kelakuan yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.

“Memikat wanita yang sudah bersuami juga merupakan suatu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya.

“Bagi yang beragama islam, perbuatan itu juga merupakan kesalahan syariah dan boleh dikenakan hukuman yang sama mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 193 dan Seksyen 498, Kanun Keseksaan (Akta 574),” katanya.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata, suami atau isteri yang menangkap pasangan mereka yang curang boleh membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri bersama bukti kukuh.

“Kertas siasatan akan dibuka bagi membolehkan jabatan pendakwaan syariah membawa kes ke mahkamah.

“Mereka boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang syariah negeri kerana mengganggu rumah tangga orang merupakan kesalahan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI