fbpx

Mohamad Sabu gembira Dr. Dzulkifley dilantik semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Sabu

PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Sabu merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas keyakinan terhadapnya untuk terus menerajui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Beliau yang juga merupakan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) turut berkongsi rasa sukacita dengan perlantikan semula Datuk Seri Dr Dzulkifley Ahmad sebagai Menteri Kesihatan Malaysia.

“Alhamdulillah, Perdana Menteri telah membuat rombakan dan beliau telah memilih yang terbaik untuk menganggotai kabinet.

“Sebagai Presiden Amanah, saya amat gembira terutamanya dengan sekembalinya Dr Dzulkifley yang telah melakukan kejayaan demi kejayaan sepanjang 22 bulan menjadi Menteri Kesihatan,” katanya dalam sebuah kenyataan di laman Facebook, hari ini.

Tambah Mohamad, dari segi kuota parti, Amanah kekal dengan dua orang menteri dan dua orang timbalan menteri.

“Memang hak untuk melantik menteri kabinet adalah hak mutlak Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, beliau turut mengambil kira kedudukan parti-parti politik, sokongan umum dan sebagainya.

“Selagi diberi kepercayaan, saya akan melakukan yang terbaik. Begitu jugalah dengan pegawai-pegawai Kementerian, kami akan berpadu tenaga untuk mencapai cita-cita di bawah kerajaan Madani,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI