fbpx

Generasi Z tidak kisah bujang sampai tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan sejumlah orang berjalan di Tokyo- Foto AFP

TOKYO – Kira-kira 60 peratus penduduk Generasi Z  yang lahir antara tahun 1993 hingga 2010 menyatakan bahawa mereka tidak kisah jika tidak berkahwin, demikian menurut kajian oleh  sebuah firma teknologi Jepun, lapor akhbar The Mainichi semalam.

Firma teknologi Biglobe Inc. melakukan kaji selidik di internet dari 12 hingga 14 September lalu dan menerima maklum balas daripada 1,000 orang berumur antara 18 hingga 69 tahun di seluruh Jepun. 

Kaji selidik itu melibatkan kumpulan umur  18 hingga 24 tahun yang merupakan generasi Z, responden berumur 25 hingga 29 tahun dan golongan berusia dalam lingkungan 30-an, 40-an, 50-an serta 60-an.

Dalam tinjauan tersebut, sejumlah 60.6 peratus responden generasi Z menyatakan bahawa mereka tidak kisah sekiranya tidak mendirikan rumah tangga.

Sebanyak 52.6 peratus responden daripada generasi Z bagaimanapun menjawab ‘ya’  kepada soalan sama ada anda mahu berkahwin.

Dalam pada itu, sebanyak 60.4 peratus responden berumur 25 hingga 29 tahun dan 58.0 peratus lagi daripada mereka yang berumur 30-an, 59.0 peratus pada peringkat usia 40-an, 67.0 peratus (50-an) dan 72.0 peratus (60-an) menjawab ya bagi soalan tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI