fbpx

Dr. Dzulkefly kembali, kaki rokok kedai makan hati-hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly

PETALING JAYA – Kepulangan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menerajui Kementerian Kesihatan (KKM) dalam rombakan Kabinet hari ini menerima reaksi positif seluruh rakyat Malaysia.

Melalui tinjauan Kosmo! di laman sosial, rata-rata pengguna laman sosial gembira dengan berita tersebut, mengenangkan salah satu jasa beliau iaitu mewujudkan pengharaman rokok di premis makanan.

“Gembira sangat semasa Dr. Zul wujudkan larangan merokok di premis makanan. Pandai pula perokok hisap rokok di tempat yang dibenarkan. Saya harap KKM pantau kedai-kedai makan di kawasan pekan sebab dah lama perhatikan kedegilan perokok-perokok fi lokasi berkenaan. Tahniah Dr Dzul!” kata Bardhussain.

“Aku ingat lagi, seorang pun barisan pemimpinan Parti Harapan (PH) tak berani merokok bila Dr Dzul ni ada,” komen Dani.

“Dr. Dzul memang bagus di KKM. Masa mula-mula dia pegang dulu, isu buli dalam KKM mula ditangani. Isu rokok pun dia tegas,” komen seorang pengguna laman sosial.

Seorang lagi pengguna laman sosial, Zatie Azman mengharapkan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan boleh diteruskan.

Bagai mimpi menjadi nyata, hasrat rakyat Malaysia menginginkankan Dr. Dzulkefly menjadi Menteri KKM kini menjadi kenyataan sehingga ada yang berkata ini cara yang baik untuk menamatkan 2023.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sidang akhbar di Pejabat Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI