fbpx

Dewan Negara: Beras putih tempatan dihasilkan lebih satu juta tan metrik setiap tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STOK bekalan beras putih tempatan

KUALA LUMPUR – Pengeluaran beras putih tempatan dihasilkan dengan jumlah pengeluaran melebihi satu juta tan metrik setiap tahun bermula 2018.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin memaklumkan bermula tahun 2018 sehingga Oktober 2023, sebanyak 1,699,766 tan metrik beras putih tempatan dikeluarkan pada tahun 2018.

Bagi tahun 2019 sebanyak 1,516,341 manakala pada tahun 2020 sebanyak 1,624,468 tan metrik beras putih tempatan dikeluarkan.

“Bagi tahun 2021 pula sebanyak 1,686,368 tan metrik sementara pada tahun 2022 sebanyak 1,574,960 tan metrik dan sehingga Oktober 2023 adalah 1,181,911 tan metrik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Musoddak Ahmad yang meminta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan nyatakan statistik pengeluaran beras putih tempatan mengikut negeri bermula dari tahun 2018 sehingga Oktober 2023.

Sementara itu, Foong Hin memaklumkan satu laporan berkenaan perkembangan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Beras Putih Tempatan (Op BPT) yang dipengurusikan pihaknya sudah dilengkapkan dan akan diserahkan kepada pihak pendakwaraya untuk tindakan.

“Usaha tersebut membabitkan beberapa kementerian seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan banyak lagi termasuk agensi kerajaan yang lain.

“Setakat ini kita sudah siap laporan itu dan untuk kes-kes dimana yang ada isu kesalahan dari segi undang-undang kita telah menyerahkan semua bukti dan kertas siasatan itu kepada pihak pendakwaraya untuk ambil tindakan sewajarnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI