fbpx

Aksi ranjang, Deepika dapat izin suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEEPIKA mengakui mendapat lampu hijau daripada suami untuk menjayakan adegan ranjang.

TEASER filem Fighter yang mempamerkan adegan intim antara bintang utamanya, Deepika Padukone dengan Hrithik Roshan meraih kecaman ramai kerana disifatkan terlampau mesra.

Diarahkan Siddharth Anand, filem yang berkisar tentang Angkatan Tentera Udara India itu menonjolkan tokoh ikonik Don sebagai fokus penceritaan.

Dalam karya itu jelas menunjukkan beberapa babak mesra yang didakwa pihak produksi sebagai perlu untuk memantapkan plot penceritaan.

Antara adegan yang didakwa keterlaluan adalah aksi mereka bercumbuan, berpelukan sehingga Deepika terbaring atas dada Hrithik.

Begitupun, suami Deepika iaitu Ranver Singh menganggap kedua-dua mereka sekadar berlakon dan memenuhi kehendak skrip.

Malah, dalam hantaran promosi filem tersebut Ranver turut meninggalkan emoji sebagai tanda sokongan buat isterinya dan Hrithik.

Fighter dijadualkan menemui khalayak di pawagam bermula pada 25 Januari 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI