fbpx

Rombakan Kabinet: Tiada perbincangan di peringkat Jemaah Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan bercakap pada sidang akhbar selepas program sesi town hall Dasar Francais Negara di Dewan Serbaguna KPDN, Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Isu berkaitan rombakan Kabinet tidak berbangkit dan tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang terbaru, minggu lalu.

Perkara itu disahkan pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali ketika ditemui pada sesi Town Hall Dasar Francais Negara (DFN 2030), di sini hari ini.

“Tiada perbincangan di peringkat Jemaah Menteri dan saya fikir tiada keperluan pun berbincang dengan Jemaah Menteri.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mempunyai ruang yang saya fikir memadai (untuk) melihat setelah setahun prestasi setiap kementerian, komitmen setiap menteri.

“Beliau yang mencadangkan menteri-menteri sebelum ini kepada Yang di-Pertuan Agong, itu adalah hak prerogatif beliau (Anwar) untuk menentukan barisan ahli Jemaah Menteri yang akan membantu beliau untuk meneruskan agenda gagasan Malaysia Madani,” katanya.

Media pada 1 Disember melaporkan, Perdana Menteri membayangkan bahawa rombakan Kabinet akan berlaku dalam bulan ini.

Dalam pada itu, Armizan ketika ditanya sama ada beliau bersedia untuk menggalas tugas sebagai menteri KPDN sekiranya diberikan tanggungjawab, beliau bagaimana pun enggan mengulas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI