fbpx

Profil pembunuh ibu bapa sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian pada malam kelmarin

PETALING JAYA – Lelaki yang diberkas kerana membunuh ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala di sini kelmarin, kembali mengambil dadah selepas tiga hari dibebaskan dengan ikat jamin.

Ketika kejadian pada pukul 7 malam itu berlaku, suspek yang menganggur berada dalam keadaan khayal dan menikam kedua-dua ibu bapanya yang berusia 82 dan 72 tahun secara bertubi-tubi.

Kesan tikaman dijumpai di seluruh badan.

Tragedi berdarah itu berlaku di ruang tamu rumah warga emas tersebut sebelum suspek bertindak melarikan diri sebelum ditahan kira-kira 10.30 malam.

Dia dikatakan menyorok dikawasan hutan berhampiran Terowong Penchala Lebuh Raya Sprint menghala ke bandar raya.

Anggota polis membawa mayat ibu bapa suspek keluar dari lokasi kejadian yang juga kediaman mereka.

– Suspek berusia 42 tahun

– Masih bujang, penganggur

– Tinggal dengan ibu dan bapanya

-Seorang penagih dadah positif methamphetamine, amfetamin dan morfin

– Ada sembilan rekod jenayah dadah

– Pernah diberkas polis atas kesalahan dadah dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin oleh ibunya sebanyak RM2,000

-Selepas seminggu dibebaskan, suspek sekali lagi ditahan atas kesalahan membunuh ibu bapanya pada malam 9 Disember.

Waris menuntut jenazah pasangan warga emas di Jabatan Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas selesai bedah siasat.

-Suspek berjaya diberkas dalam keadaan khayal dan kini ditahan reman selama tujuh hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk siasatan lanjut

-Suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI