fbpx
Gambar fail kejadian pokok tumbang yang meragut nyawa penunggang motosikal di George Town pada Jun lalu.

Nyawa melayang dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kejadian pokok tumbang terus berlaku terutama ketika peralihan monsun apabila sebanyak 3,543 operasi penyelamatan direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara pada tahun ini setakat September lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Nor His­ham Mohammad berkata, seba­nyak 4,751 panggilan pokok tumbang dilaporkan pada 2022 dan 4,793 kejadian pada tahun sebe­lumnya.

“Bagi jumlah kematian dan kecederaan pula, sebanyak enam kematian dicatatkan pada 2021 dengan 39 kecederaan diikuti lima kematian dan 36 cedera pada 2022 dan tujuh kematian dan 37 cedera pada 2023 setakat September lalu.

“Secara keseluruhannya dalam tempoh tiga tahun tersebut, JBPM berjaya menyelamatkan seramai 186 mangsa tanpa sebarang kecederaan melibatkan kes pokok tumbang di seluruh negara,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menurut beliau, pada tahun ini, jumlah mangsa yang cedera akibat kejadian pokok tumbang meningkat. JBPM bagaimanapun tidak merekodkan data lokasi yang diklasifikasikan hot spot bagi kes pokok tumbang.

Jelas Nor Hisham, kejadian pokok tumbang kerap dilaporkan pada musim peralihan monsun iaitu Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya.

“Peralihan monsun ini akan membawa ribut petir, tiupan a­ngin kencang, hujan lebat sekali gus menyebabkan dahan patah dan pokok tumbang,” katanya.

Antara faktor lain kejadian pokok tumbang adalah disebabkan tumbuhan yang ditanam tiada akar tunjung yang kuat.

Selain itu, pokok berdaun lebat dan tinggi kerap mengalami dahan patah kerana daun pokok menyimpan air hujan.

Selain itu, usia pokok, penya­kit serta ketebalan tanah yang ditanam turut menyumbang kepada kejadian tersebut.

Namun, perkara asas yang perlu dititikberatkan adalah ke­sesuaian pokok yang ditanam khusus di laluan awam bagi mengelak risiko kehilangan nyawa serta kecederaan.

“Jenis pokok yang ditanam perlu mempunyai cengkaman kuat, tidak mudah diserang pe­nyakit dan mempunyai dahan yang liat, bukannya jenis mudah rapuh.

“Pihak kami akan memberikan pandangan dan khidmat nasihat, hal ini memerlukan pemerkasaan yang betul. Pihak bomba sentiasa bersiap siaga pada musim tengkujuh termasuk operasi menyelamat bencana lain seperti tanah runtuh, kepala air, serta banjir,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN