fbpx

Konflik Palestin-Israel: Kekuatan pejuang Hamas ditakuti askar Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bola api menjulang di atas bangunan selepas diserang di Rafah, selatan Semenanjung Gaza kelmarin. - AFP

TEL AVIV – Seorang penganalisis tentera Israel, Yoav Zitun mendedahkan bahawa askar-askar Rejim Zionis mengagumi kekuatan Hamas walaupun berusaha menghapuskan kumpulan pejuang Palestin itu. 

Agensi berita Anadolu melaporkan, perkara itu didedahkan Zitun dalam satu artikel yang diterbitkan akhbar Israel, Yedioth Ahronoth bulan lepas.

“Walaupun tentera Israel berusaha menggulingkan Hamas, di lapangan, mereka kagum dengan kekuatan kumpulan pejuang Palestin itu setiap hari,” tulisnya.

Tambah Zitun, kehebatan kumpulan Hamas dari segi ketenteraan disahkan apabila ia berjaya menentang pendudukan Israel selama beberapa dekad.

“Hamas mempunyai beratus-ratus ribu senjata termasuk pelbagai jenis pelancar roket tangan (RPG) yang dianggap senjata utama mereka.

“Mereka juga mempunyai pelancar roket canggih, dron bahan letupan dan dron serangan yang dicipta berdasarkan dron Sky Rider milik tentera Israel yang gugur di Gaza sedekad lalu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI