fbpx

Rumah mampu milik mahal kerana terikat dengan tanah – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perumahan mampu milik adalah lebih mahal terutama di wilayah ini dan bandar-bandar besar berikutan ia terikat dengan kadar harga tanah di sesuatu kawasan.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi dialog sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

“Soal perumahan, kita tengok ada lonjakan. Satu, kategori untuk betul-betul yang miskin dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ada rencana itu juga, yang mula dibangunkan iaitu Perumahan Madani.

“Bagaimanapun, itu bukan untuk mampu milik, mampu milik ini tentu harganya lebih tinggi, kerana ia terikat dengan tanah,” katanya bagi mengulas cadangan pengujung mengenai harga rumah mampu milik yang disifatkan semakin tinggi.

Mengulas lanjut, Anwar menyarankan individu tersebut untuk melihat pameran Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan perkembangannya serta mengemukakan cadangan agar menteri boleh menjawab perkara berkenaan secara langsung.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mengenai rumah pertama, kerajaan sentiasa memberikan beberapa galakan dalam pemilikan.

“Terdapat skim rumah transit untuk mereka yang baru berkahwin. Kerajaan juga memberikan diskaun yang sepatutnya dengan kerjasama pemaju-pemaju perumahan. Saya yakin, di bawah pentadbiran PMX (Anwar) ini, mulai tahun hadapan, skim ini akan diperluaskan terutama di Kuala Lumpur dan bandar besar di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI