fbpx

Polis siasat wanita menyamar lelaki untuk berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS sedang menyiasat kes gadis menyamar sebagai lelaki untuk berkahwin dengan wanita lain di Cianjur baru-baru ini. - Foto Tribun Jabar

JAKARTA – Satu laporan polis dibuat terhadap seorang gadis yang menyamar sebagai lelaki bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lagi perempuan lain di Cianjur, wilayah Jawa Barat, lapor laman berita Tribun Trends hari ini.

Pernikahan itu melibatkan gadis dikenali sebagai IH, 23 dengan AY, 25 di Kampung Cimaladewa, baru-baru ini. 

Penipuan tersebut terbongkar setelah tiga hari mereka berkahwin.

Bapa IH dilaporkan baru mendapat tahu bahawa AY ialah seorang perempuan ketika selesai menguruskan beberapa hal pentadbiran di Jabatan Agama (KUA) Kecamatan Sukaresmi.

“Sehari setelah menikahkan anak, saya pergi ke pejabat kampung lalu ke Jabatan Agama Kecamatan.

“Namun, setelah meminta dokumen pengenalan diri, saya baru tahu bahawa AY ialah perempuan,” katanya.

Dayat membuat laporan kepada ketua daerah dan kes itu kini ditangani oleh pihak polis. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI