fbpx

Lelaki dicekup bakar wayar elektik dalam bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memanjat tangga untuk menjalankan pemeriksaan di dalam bangunan di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu hari ini.FOTO IHSAN BOMBA

KOTA BHARU – Seorang lelaki dicekup polis kerana disyaki membakar wayar elektrik di dalam bangunan di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini, hari ini.

Lelaki yang berusia lingkungan 40-an, disedari berada di tingkat satu bangunan berkenaan, kira-kira pukul 11 pagi.

Seorang pekerja farmasi, Napisah Mohd.Yusoff, 61, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas terhidu bau asap di bangunan bersebelahan sebelum bergegas menjenguk keluar.

“Kepulan asap tebal keluar menerusi pintu bangunan hadapan dan belakang. Saya kemudian memberitahu beberapa pekerja sebelum keluar menyelamatkan diri kerana bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Che Mazlan Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.20 pagi, berhubung kebakaran di dalam bangunan.

“Hasil pemeriksaan kita dapati berlaku pembakaran wayar elektrik di dalam bangunan menyebabkan kepulan asap tebal keluar dari bangunan berkenaan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI