fbpx

Konflik Palestin-Israel: Netanyahu tetap mahu teruskan serangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Foto AFP

TEL AVIV – Israel akan meneruskan perang untuk menghapuskan pejuang Hamas di Gaza, demikian menurut Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu seperti dilaporkan laman berita TRT World semalam.

Netanyahu dalam masa sama enggan mempedulikan seruan yang semakin meningkat daripada masyarakat antarabangsa untuk menamatkan penderitaan berjuta-juta penduduk Palestin dengan menghentikan serangan ke atas Gaza.

Komen tersebut dibuat sehari selepas Amerika Syarikat (AS) memveto resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya gencatan senjata dilakukan di wilayah Palestin itu.

“Saya sangat menghargai pendirian ‘tepat’ yang diambil AS di Majlis Keselamatan PBB. Oleh itu, Israel akan meneruskan perang kami untuk menghapuskan Hamas dan mencapai matlamat perang yang lain,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan menerusi rakaman video.

Serangan tentera Israel ke atas Gaza bermula pada 7 Oktober lalu dan telah mengakibatkan lebih 17,000 penduduk Palestin terbunuh, manakala lebih 48,000 lagi cedera. Beribu-ribu lagi dikhuatiri mati di bawah serpihan bangunan yang dibom. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI