fbpx

‘Terkilan tak sempat beritahu Abah nak nikah pada hari lahirnya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Ain Ahmad Termizi bersama dua orang adiknya dan ibu tirinya menunjukkan foto ayahnya yang meninggal dunia di KM 198.4 arah utara Lebuh Raya Utara Selatan pada pagi hari ini.

PARIT BUNTAR – ‘Rasa amat terkilan kerana tidak sempat beritahu Abah pada hari lahirnya tentang pernikahan yang akan berlangsung pada tahun hadapan’

Demikian luahan anak sulung kepada pemandu van pekerja, Ahmad Termizi Ramli, 45, yang rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan sebuah lori di kilometer 198.4 arah utara di Lebuh Raya Utara Selatan pada pagi hari ini.

Nurul Ain Ahmad Termizi, 22, berkata dia bercadang untuk memberitahu bapanya pada sambutan hari jadi pada 31 Disember ini.

“Saya amat terkejut bila menerima berita tentang Abah terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia di Lebuh Raya Utara Selatan pagi ini.

“Lebih terkilan apabila hasrat yang saya pendam bahawa saya akan bertunang pada bulan Mei dan bernikah pada bulan Oktober tahun depan tidak dapat disampaikan kepada Abah pada sambutan hari jadinya nanti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui diruangan menunggu Forensik Hospital Parit Buntar disini hari ini.

Tambah Nurul Ain yang juga anak sulung daripada tiga adik-beradik isteri pertama, dia mengetahui insiden kemalangan yang menimpa bapanya daripada sepupunya.

“Saya mendapat tahu insiden kemalangan yang menimpa Abah dari sepupu. Hati saya terasa amat sedih dan lebih terkilan kerana berbaki 22 hari lagi sambutan hari jadi Abah,” katanya.

Sementara itu,Ketua Polis Daerah Kerian,Superintendan Juna Yusoff, ketika dihubungi mengesahkan kejadian kemalangan itu dan siasatan masih dijalankan.

Jenazah akan di kuburkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Simpang Taiping selepas solat Asar pada petang hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI