fbpx

Skuad B-23 sukar ke temasya Olimpik Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD B-23 negara diundi bersama tiga lagi pasukan hebat dalam misi mendapatkan tiket ke pentas temasya Sukan Olimpik Paris tahun depan. - FB FAM

HARAPAN skuad bawah 23 (B-23) negara untuk meraih tiket kelayakan ke pentas Sukan Olimpik 2024 di Paris nampak sukar selepas diundi dalam kumpulan yang sukar bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait.

Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd. Azraai Khor Abdullah percaya tekanan hebat bakal digalas oleh barisan kejurulatihan dan pemain selepas sasaran yang diletakkan pada saingan Piala Asia B-23 2024 di Qatar agak tinggi.

“Saya lihat kita bernasib baik mara ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2024 sebelum ini dan bila kita letak sasaran untuk mara ke kelompok suku akhir, mungkin ia memberi tekanan buat semua pihak.

“Malah, kita juga telah diundi dalam kumpulan yang sukar dan andai mara ke peringkat kalah mati juga kita akan menentang negara yang hebat.

“Namun, saya pasti jurulatih baharu (Juan Torres Garrido) ada perancangan tersendiri, tetapi di atas kertas, kita perlu realistik kerana negara-negara seperti Uzbekistan dan Vietnam ada reputasi hebat,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menggesa agar skuad muda Harimau Malaya berusaha untuk meraih salah satu daripada tiga slot automatik ke Sukan Olimpik nanti.

Malaysia pernah bersaing dua kali pada kejohanan berprestij peringkat remaja ini dengan pencapaian terbaik adalah pada edisi 2018 di China apabila mara ke peringkat 16 terbaik.

Pada edisi 2022 di Uzbekistan, skuad B-23 negara yang ketika itu dibimbing oleh Brad Maloney mempamerkan prestasi hambar apabila terkandas di peringkat kumpulan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI