fbpx

Plaza tol palsu kutip bayaran RM41.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat individu termasuk pemilik kilang, Amarshi Patel disenaraikan sebagai suspek. - India Times

NEW DELHI – Sekumpulan lelaki di negeri Gujarat, India menipu kerajaan selama lebih setahun dengan mendirikan sebuah plaza tol palsu untuk mengutip wang daripada pengguna jalan raya.

Laman berita Wion News melaporkan, plaza tol palsu itu dibina di atas sebuah tanah persendirian di daerah Morbi yang memintas sebuah lebuh raya menghubungkannya dengan daerah Kutch.

Suspek dilaporkan mengalihkan lalu lintas dari laluan sebenar melalui tanah milik White House Ceramic Company iaitu sebuah kilang tertutup di kampung Varghasia.

Mereka kemudian mengumpan pengguna jalan raya dengan mengenakan diskaun 50 peratus daripada harga tol biasa.

Suspek akan mengenakan bayaran antara 20 rupee (RM1) hingga 200 rupee (RM11) kepada pengguna jalan raya berbanding harga sebenar iaitu antara 110 rupee (RM6) hingga 595 rupee (RM33).

Laporan mendapati bahawa mereka berjaya mengutip lebih 750 juta rupee (RM41.9 juta) cukai haram daripada pengguna jalan raya.

Selepas dimaklumkan mengenai penipuan itu, pihak berkuasa melakukan  serbuan di lokasi kejadian.

“Kami menerima maklumat tentang kenderaan dilencongkan dari laluan sebenar plaza tol Varghasia dan cukai tol dikutip. 

“Polis dan pegawai lain tiba di lokasi kejadian untuk menyiasat dan memfailkan aduan terperinci,” kata majistret daerah, GT Pandya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI