fbpx

Penduduk temui payudara dalam paya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menunjukkan payudara yang ditemui di paya. - Detik

JAKARTA – Penduduk Surabaya di Jawa Timur, Indonesia dikejutkan dengan penemuan bungkusan plastik berisi payudara manusia di sebuah kawasan paya, lapor laman berita Detik semalam.

Payudara itu ditemui oleh sekumpulan kanak-kanak yang sedang memancing ketika air surut.

“Kelmarin, kanak-kanak mencari ikan semasa air surut. Salah seorang daripada mereka kemudian memberitahu penduduk mengenai bungkusan itu,” kata seorang penduduk tempatan bernama AR.

Payudara itu dilaporkan berada di dalam beg plastik putih dan beg kain. Di luar beg itu, tertera nama dan barkod. 

“Setelah menemui payudara itu, kami segera melaporkannya kepada Polis Benowo. Semalam sudah diperiksa dan ramai polis datang ke sini,” kata AR.

Ketua Polis Daerah Benowo, AKP Nurdianto berkata, pihaknya  masih menjalankan siasatan.

“Tertera nama pada beg itu. Tetapi kami tidak dapat mengesahkan sama ada nama itu pemilik payudara itu atau tidak,” kata Nurdianto. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI