fbpx

Pembunuhan Zayn Rayyan: Tiga daripada 18 blok kediaman sudah diperiksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fakhruddin.

PETALING JAYA – Polis selesai memeriksa tiga blok perumahan di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, bagi mengumpulkan maklumat kematian Zayn Rayyan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd. Hamid berkata, pihaknya sudah memeriksa tiga blok perumahan membabitkan 540 unit daripada 18 blok yang menempatkan 2,484 unit rumah.

“Siasatan juga masih dijalankan dengan memeriksa saliran air berdekatan Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, yang menjadi lokasi penemuan mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, siasatan masih berjalan membabitkan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Kes ini diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan Terdahulu, mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Justeru itu, polis membuka siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana ada unsur jenayah.

Pada 6 Disember, Kosmo! melaporkan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan mengiring di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya, pada pukul 10 malam

Penemuan tersebut hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartment Idaman melakukan misi pencarian kanak-kanak tersebut ketika itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI