fbpx

Disuruh diam, Yale Yale Syada Amzah mendunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYADA Amzah kini aktif memuat naik nyanyian 'cover song' dalam akaun media sosialnya.

TIADA angin tiada ribut, nama Syada Amzah kembali menjadi siulan ramai apabila videonya menyanyikan lagu arab berjudul Kalam Eneih tular dalam media sosial.

Tular bukan kerana dibanggakan tetapi disebabkan menerima kecaman kerana mutu vokal yang dikatakan teruk.

Majoriti mempertikaikan kualiti nyanyian Syada yang dikatakan tidak sehebat kakaknya yang juga penyanyi, Shila Amzah.

“Daripada terus menyanyi, lebih baik diam saja Syada.

“Sedap tapi kalau tak menyanyi lebih sedap. Awak memang tidak boleh kalahkan Shila,” kata netizen.

Video nyanyian Syada yang dimuat naik dalam TikTok itu sudah mencapai lebih tiga juta tontonan dan 63,000 tanda suka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI