fbpx

‘Rider’ terlupa bungkusan pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu tiba di rumah pelanggan dengan tangan kosong. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang penghantar barang menyedari dia terlupa membawa bungkusan yang mahu dihantar ketika tiba di rumah pelanggan.

Program berita Liputan6 melaporkan, video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @ji.itha57.

Lelaki itu pada awalnya memberhentikan motosikal di hadapan sebuah rumah. Seorang pelanggan wanita kemudian bertanyakan soalan selepas menyedari lelaki itu tidak membawa apa-apa,

“Awak hantar apa? Mana bungkusan? Awak hantar apa?” tanya wanita itu.

Lelaki itu kemudian dilihat keliru seperti terpinga-pinga mencari sesuatu. Selepas mencari bungkusan di atas motosikal, dia ketawa kerana terlupa membawanya.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Pernah berlaku di rumah saya. Saya sudah bersemangat keluar rumah untuk bertemu penghantar barang, namun bungkusan tertinggal di pejabat,” komen seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI