fbpx

Mentega Terbang: Pengarah, penerbit fail semakan kehakiman pengharaman filem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Filem Mentega Terbang yang diwartakan haram.

KUALA LUMPUR – Pengarah dan penerbit filem kontroversi Mentega Terbang memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap perintah larangan filem itu, sejak tiga bulan lalu.

Semakan Kehakiman itu difailkan pengarah dan penerbit tersebut selaku pemohon pada minggu lalu.

Menerusi satu kenyataan hari ini, peguam Zaid Malek juga pengarah badan bukan kerajaan, Lawyers for Liberty (LFL) berkata, mahkamah telah menetapkan prosiding pendengaran bagi kedua-dua pihak itu selaku pemohon, pada 31 Januari tahun depan.

Mengulas mengenai semakan kehakiman itu ia antaranya membabitkan perintah untuk membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri bertarikh 1 September lalu.

“Ia juga bagi pengisytiharan bahawa Seksyen 26 Penapisan Filem 2002 adalah tidak berperlembagaan,” katanya.

Untuk rekod pada 13 September lalu, KDN mengharamkan penayangan filem kontroversi, tersebut di negara ini.

Perkara itu diputuskan menerusi warta bertarikh 1 September lalu, yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 21 Ogos lalu.

Menurut warta berkenaan, larangan itu dibuat menerusi Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 turut mencakupi larangan pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem.

Menteri melarang penayangan, pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem yang diperihalkan dalam jadual bertentangan dengan kepentingan awam di seluruh Malaysia.

“Bagi maksud perintah ini, filem yang disebut dalam sub perenggan, hendaklah termasuk bahan publisiti filem itu,” menurut warta berkenaan.

Berdasarkan warta itu juga, jadual yang dimaksudkan merujuk kepada tajuk filem iaitu Mentega Terbang, arahan Khairil Anwar terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment.

Filem Mentega Terbang dilihat menyentuh perbezaan dan persamaan agama-agama utama di Malaysia selain mendapat kritikan orang ramai dan penggiat seni berikutan tayangannya di platform dalam talian.

Selain itu, tular beberapa sedutan babak tertentu dalam filem itu yang memaparkan watak utama bernama Aisyah tanpa berselindung meminta daging babi daripada rakan bukan Islamnya untuk dimakan, selain bapanya membenarkan Aisyah keluar dari Islam dan memeluk agama lain.

Sedutan babak tular itu kemudian mengundang marah warga maya yang mempersoalkan bagaimana filem itu dibenarkan untuk tontonan umum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI