fbpx

Little Caliphs bina jenama 20 tahun, miliki 500 cawangan seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslan (kanan) dan isteri bergambar bersama maskot Little Caliphs di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini

KUALA LUMPUR – Little Caliphs International Sdn. Bhd. (Little Caliphs) meraikan pencapaian­nya selama 20 tahun dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang cemerlang dengan pengisian ilmu agama secara menyeluruh membolehkan ia kini memiliki jenama yang kukuh bukan sahaja dalam pasaran tempatan tetapi juga di luar negara.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Roslan Nordin berkata, sepanjang tempoh tersebut, syarikat telah memiliki sebanyak 500 cawangan di seluruh negara yang mana 47 premis prasekolah dimiliki oleh ibu pejabat, manakala bakinya dioperasikan oleh usahawan lain di bawah konsep francais.

Menurut beliau, syarikat juga memiliki empat cawangan di Jakarta dan juga di Medan, Indonesia.
Lebih menarik, empayar perniagaan tersebut telah memberi pendidikan awal kepada lebih 40,000 kanak-kanak dan jumlah keseluruhan pelajar yang mendapat manfaat ilmu pendidikan daripada Little Caliphs sejak 20 tahun lalu adalah kira-kira 250,000 kanak-kanak.

Dalam masa yang sama, syarikat juga memiliki lebih daripada 4,000 guru.

“Selain segmen prasekolah, kami juga telah melancarkan perkhidmatan untuk segmen play school bagi kanak-kanak berusia sekitar dua tahun dan juga bakal memperkenalkan segmen keperluan khas khusus kepada kumpulan kanak-kanak yang memerlukan perhatian istimewa dalam pembelajaran awal mereka.

“Melalui penambahan segmen ini, kami optimis untuk menjadi hab pendidikan awal kanak-kanak yang lengkap dengan meliputi pelbagai segmen bagi memenuhi permintaan pasaran menjelang tahun depan,” kata­nya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs di Tasik Titiwangsa di sini baru-baru ini.

Roslan menjelaskan, syarikat mengunjurkan pembukaan cawangan baharu Little Caliphs antara 40 hingga 50 outlet pada tahun depan sekali gus membuka peluang perniagaan kepada usahawan yang berminat untuk menceburi bidang tersebut.

Mengulas mengenai kadar yuran prasekolah pada masa sekarang, beliau memaklumkan bahawa kekangan berdepan dengan harga barangan yang bertambah, peningkatan gaji guru dan juga kos operasi yang lain membuatkan syarikat tiada pilihan untuk menawarkan kadar yuran bulanan yang berpatutan kepada ibu bapa dan waris.

Tambahnya, kadar yuran kemasukan sebanyak RM1,500 manakala yuran bulanan antara RM300 hingga RM600. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI