fbpx

CSM siasat ketirisan data Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika melawat reruai KKD pada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memberi peringatan kepada semua agensi serta badan korporat yang memegang dan memproses data agar lebih berwaspada supaya tidak berlakunya sebarang ketirisan data.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, syarikat berkaitan perlu melantik Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat (CISO) dan melaksanakan ‘penetration test’ untuk mengelakkan kejadian sama daripada berlaku lagi pada masa hadapan.

“Saya percaya pihak Cyber Security Malaysia (CSM), Algoritma Kriptografi Sedia Ada (AKSA) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah berhubung dengan pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk selesaikan isu ini

“Saya sedang cuba mendapatkan maklumat daripada pihak CSM. Setakat ini, saya difahamkan memang terdapatnya kelemahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

Tambah Fahmi, beliau tidak menolak kemungkinan ketirisan data yang berlaku sebenarnya adalah data lama yang dibungkus dan diubah suai dan kemudian dipersembahkan semula seakan-akan data baharu.

“Bagaimanapun, beri mereka sedikit masa untuk dapatkan maklumat berkaitan,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan, Perkeso telah mengalami serangan siber yang menyebabkan ribuan data pengguna mengalami ketirisan.

Data yang tertiris dikatakan mengandungi butiran sensitif seperti nombor MyKad, alamat e-mel, alamat rumah dan juga transaksi bank pengguna. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI