fbpx

Teraju distruktur semula, tingkatkan pasaran syarikat bumiputera – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi ketika ditemui pemberita pada SUPERB Networking Day 2023 di Cyberjaya, hari ini. Foto oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR/ KOSMO!

CYBERJAYA – Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) akan di strukturkan semula supaya peranannya lebih terarah dalam meningkatkan skala pasaran syarikat bumiputera.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kementeriannya kini sedang menyelaraskan kembali fungsi Teraju dalam keseluruhan agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera.

“Proses ini (penstukturan) juga penting kerana ia sebahagian daripada persediaan kepada dasar baharu mengenai bumiputera yang akan dibentangkan pada Kongres Ekonomi Bumiputera tidak lama lagi.

“Kita lihat rekod Teraju sejak daripada penubuhannya pada 2011, Teraju ada peranan pelbagai dalam memacu ekosistem ekonomi bumiputera,” katanya ketika ditemui pada SUPERB Networking Day 2023 di sini, hari ini.

Katanya, beliau berharap Teraju dapat memainkan peranan utama dalam meningkatkan skala pasaran syarikat bumiputera tidak hanya di pasaran tempatan sebaliknya ke pasaran serantau dan antarabangsa.

“Salah satu masalah utama dalam ekonomi kita, ada banyak syarikat tapi berada diperingkat itu sahaja. Malah, untuk naik daripada saiz mikro atau kecil nak ke sederhana pun payah. Apa lagi nak jadi sederhana kepada besar.

“Jadi, Kementerian Ekonomi kini sedang berkerjasama dgn Teraju untuk membina kepakaran (meningkatkan skala pasaran usahawan) supaya syarikat bumiputera terus berkembang. Kita sedang membangunkan acuan dan program khusus bagi tujuan itu,” katanya.

Katanya, acuan dan program khusus itu akan diumumkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang dan sebahagiannya akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Kongres Ekonomi Bumiputera nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI