fbpx
Ketua Hospitaliti dan Santai, Taman Tema AIr SplashMania, Suresh V Kumaran menunjukkan anugerah yang diperoleh syarikat baru-baru ini.

Taman tema air SplashMania terima anugerah kalahkan 300 pesaing lain di seluruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA –  Taman tema air Gamuda Land, SplashMania telah diberi penghormatan menerima  Wave Review Award oleh Persatuan Taman Tema Air Dunia (WWA) dan menjadikan ia sebagai satu-satunya taman tema air di Asia Tenggara menerima  pengiktirafan tersebut.

Taman tema air SplashMania berjaya menandingi 300 pesaing lain dari seluruh dunia untuk dinobatkan menerima anugerah Risalah Terbaik Taman Tema Air.

Anugerah tersebut telah disampaikan dalam simposium dan pertunjukan perdagangan kali ke-43 di New Orleans, Amerika Syarikat baru-baru ini yang turut dianjurkan oleh WWA.

Mengulas mengenai kejayaan tersebut, Pengurus Besar Hospitaliti dan Santai Gamuda Land, N. Sanjay berkata, anugerah ini bukan sahaja menjadi lambang kejayaan kami tetapi sebagai bukti kesungguhan dedikasi tanpa jemu dan semangat yang tidak berbelah bahagi daripada kakitangan SplashMania setiap hari sebelum ini .

“Perjalanan kami telah bermula sebelum majlis pelancaran dan ia yang memang menggembirakan kami,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Sanjay menjelaskan, pihaknya sentiasa percaya kepada keajabaian terhadap usaha kakitangannya membangunkan SplashMania dan untuk mempercayainya, ia telah menjadikannya satu realiti terhadap usaha kami untuk mencatat kejayaan cemerlang ini.

“Memenangi anugerah ini selepas beberapa bulan majlis pelancaran utama taman tema air ini, telah menunjukkan komitmen kami terhadap pelanggan ini untuk menaikkan imej SplashMania di peringkat antabangsa,” ujarnya.

Taman tema air berkeluasan tujuh hektar itu kini menjadi satu destinasi percutian yang menerujakan buat para pengunjung untuk menguji adrenalin masing-masing melalui pengalaman melalui 39 gelongsor air pelbagai jenis dan tarikan lain. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN