fbpx

Penguasaan bahasa Melayu di seluruh negara mesti baik – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim - FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penguasaan bahasa Melayu di seluruh negara mestilah berada pada tahap yang baik.

Beliau berkata, menjelang tahun hadapan pihaknya berharap rakyat bukan sahaja dapat menguasai bahasa kebangsaan dengan bagus, malah turut mempunyai kebolehan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.

“Selain penguasaan bahasa Melayu yang baik di seluruh negara, saya minta Kementerian Pendidikan (KPM) tumpu juga untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di semua sekolah di negara kita.

“Jadi, negara kita akan terkenal dengan bahasa kebangsaan yang mantap, tetapi juga pertahankan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang penting,” katanya ketika berucap semasa majlis perasmian Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Penampang, Sabah hari ini.

Beliau mengulas mengenai peruntukan kerajaan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di sekolah seluruh negara.

Dalam pada itu, Anwar mengingatkan rakyat sentiasa membawa semangat kesatuan dan jangan membiarkan isu wilayah, kaum dan agama memecah belahkan rakyat.

“Saya mahu nasihatkan pemimpin-pemimpin, jangan dia lupa amanah kita ialah untuk menjaga dan memelihara kepentingan rakyat. Itu kita harus utamakan.

“Sebab itu di dalam Kerajaan Perpaduan, telah berunding dalam kerajaan negeri berulang kali dan wakil-wakil dari negeri-negeri yang kebetulan jemaah Menteri termasuk di Sabah. Kita bicarakan apa keutamaan kita mengenai hal-hal asas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI