fbpx

Buli MCKK: KPM adakan pertemuan dengan ibu bapa minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hui Ying menyampaikan Anugerah Khas Duta Murid kepada Abdul Muhaimin Abdul Razak (dua kiri) pada Majlis Penganugerahan dan Penutupan Kempen Kesedaran Thalassaemia 2023 NowyouSEEme 3.0 di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) bakal mengadakan pertemuan dengan ibu bapa kepada pelajar yang terlibat dalam kes buli di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada minggu depan.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, ini sekali gus akan merungkai kemelut isu panas tersebut setelah berlarutan lebih tiga bulan tanpa ada penyelesaian.

“Pejabat saya sudah menghubungi ibu bapa yang berkenaan dan sedang mengatur slot satu hari mereka berjumpa saya minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan dan Penutup Kempen Kesedaran Talasemia 2023 di sini hari ini.

Isnin lepas, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri mengesahkan sudah menyerahkan semula kertas siasatan kes buli di MCKK itu kepada pejabat pendakwaan selepas pihaknya menerima laporan perubatan penuh mangsa.

Berdasarkan hasil penemuan siasatan polis negeri itu melihat kes tersebut boleh didakwa di mahkamah.

Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat cedera diserang empat pelajar senior sekolah berasrama penuh itu sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan.

Pihak polis mendapat laporan kes pada 24 September lalu, namun awal bulan lepas pula, Persatuan Ibu Bapa dan Guru MCKK menyelar tindakan ahli keluarga mangsa terlibat yang menyifatkan langkah berkenaan menjejaskan imej sekolah elit itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI