fbpx

Isu kontrak, kita patuh tapi ini soal iman, akidah – Alif Satar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIF SATAR nasihatkan Kaka agar usah gusar dengan kes hilang kontrak akibat isu Israel, Palestin.

KUALA LUMPUR – “Ini soal iman dan akidah.

Demikian reaksi selebriti versatil, Alif Satar menasihati penyanyi Kaka Azraf agar tidak perlu gusar selepas kontrak rakamannya bersama label warna Music Malaysia dibatalkan kerana kelantangannya bersuara mengenai isu Palestin.

Ujar Alif, 35, dia berpendapat apa yang berlaku ke atas Kaka adalah melibatkan soal iman dan akidah serta tiasa alasan lebih besar daripada dua perkara tersebut.

“Saya nak tekankan, ini melibatkan soal iman dan akidah.

“Tidak ada yang lebih besar daripada itu. Apa yang terjadi pastinya yang terbaik dan ada yang lebih baik.

“Saya pun suka tengok komen-komen yang menyokong Kaka dan sama-sama bersolidariti untuk mereka yang terkesan di Palestin,” katanya.

Pada masa sama, Alif yang juga bernaung bawah ‘bumbung’ yang sama dengan Kaka turut percaya bahawa setiap artis mempunyai cara tersendiri untuk menyatakan sokongan mereka.

Dengan tegas, Alif sewaktu ditemui di majlis sidang media dan tayangan perdana filem Anak Perjanjian Setan 2, pada malam Selasa lalu juga berkata,  dia tidak akan mengubah sokongannya terhadap Palestin walaupun jika terpaksa kehilangan beberapa tawaran kerja.

“Saya manusia biasa, kadang ada kerisauan juga namun saya harus bertegas. Kalau hilang kerja, hilanglah. Takkan tiba-tiba nak sokong Israel.

“Tapi dari aspek profesional, jika kita sudah menandatangani sesuatu kontrak, maka kita kena patuh.

“Tapi label mahupun semua pihak tahu pendirian saya yang sangat tegas dalam media sosial tentang isu ini. Saya rasa semua rakan-rakan artis melakukan bahagian mereka dengan cara masing-masing,” tambahnya.

Semalam, pihak label Warner Music sudah pun mengesahkan penamatan kontrak Kaka daripada bernaung di bawah jenama syarikat rakaman tersebut.

Warner Music Malaysia dalam kenyataan media yang dikeluarkan menyebut, kontrak penyanyi itu ditamatkan atas alasan penggunaan bahasa tertentu (kasar) dalam mesej yang dihantar kepada pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic, beberapa minggu lalu.

Tindakan Kaka membuatkannya disenarai dalam Instagram Jew Hate Database, iaitu sebuah media sosial khas kelompok penyokong Israel.

Bagaimanapun, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff menerusi sidang media yang dibuat malam tadi menuntut penjelasan daripada pihak label music Malaysia memberi penjelasan berhubung penamatan kontraknya secara tiba-tiba tanpa sebarang alasan munasabah.

Kata Kaka, sebagai antara penyanyi paling lama bernaung di bawah label berkenaan, sepatutnya pihak terbabit mempunyai pertimbangan wajar dengan memperincikan alasan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI