fbpx

Budak perempuan 14 tahun tembak mati rakan sekelas, bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOSCOW – Seorang remaja Rusia menembak mati rakan sekelasnya  dan mencederakan lima yang lain sebelum membunuh diri  di sebuah sekolah di Bryansk, dekat sempadan Ukraine, kata polis.

MOSCOW – Seorang remaja Russia menembak mati rakan sekelasnya  dan mencederakan lima yang lain sebelum membunuh diri  di sebuah sekolah di Bryansk, dekat sempadan Ukraine, kata polis.

Serangan  di sekolah  jarang berlaku di Rusia yang mempunyai undang-undang senjata api ketat, tetapi menjadi lebih kerap dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

“Seorang budak perempuan berumur 14 tahun membawa senapang patah ke sekolah, yang digunakan  untuk menembak rakan sekelasnya. Dua maut dalam insiden ini termasuk  penembak, manakala lima yang lain cedera,” kata polis dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa tidak menamakan penembak, tetapi berkata,  mangsa ialah rakan sekelas penyerang di sebuah sekolah menengah di pinggir bandar Bryansk.

“Motif di sebalik jenayah dan semua keadaan sedang disiasat,” kata Jawatankuasa Instigatif, yang menyiasat jenayah berat.

Lima mangsa yang cedera telah dibawa ke kemudahan perubatan, katanya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI