fbpx

Anak jadi ‘penyelamat’ bantu ibu kesempitan wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar nota bersama wang saku simpanan anak-anak yang dikongsi di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang ibu berkongsi kisah sedih apabila anak-anak sanggup memberikan wang saku simpanan untuk kelangsungan kehidupan mereka sekeluarga.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, wanita yang dikenali sebagai Susan A. Magis berkata, ketiga-tiga anaknya itu telah memberikan wang saku mereka sebanyak RM48.

Katanya, wang tersebut adalah simpanan mereka daripada lebihan wang saku yang diberikan untuk ke sekolah setiap hari.

“Tiap hari saya bagi anak-anak saya duit saku belanja di sekolah sebanyak RM2, tapi tak sangka anak-anak simpan RM1 untuk hadiahkan kepada mama.

“Sepatutnya anak-anak nak bagi pada 25/12 tapi bila dengar mama dah tak ada duit, dorang cepat-cepat bagi duit.

“Tuhan, lindungilah anak-anak saya, terima kasih sebab bagi mereka kepada saya. Saya janji untuk jaga mereka baik-baik.Tiga orang anak saya simpan RM1.00, total (jumlah) duit semuanya RM48,”tulisnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen bangga dengan sikap anak wanita tersebut yang pandai berjimat serta sanggup menyimpan untuk membantu keluarga yang dalam kesusahan.

“Macam anak-anak saya, pernah kami tiada duit tiba-tiba mereka masuk bilik bawa keluar duit selama ini mereka simpan.

“Kita bagi belanja sekolah tiap-tiap hari, tapi, anak-anak ada baki untuk simpan katanya tabung kecemasan dan siap bagitahu mama tak payah ganti. Adik dan kakak sengaja simpan jika ada kecemasan,”kongsi Puan Ayu.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ai Thenh Chiew.

“Inilah kasih anak kepada ibu ,anak saya pun sama sebab dulu susah bagi seorang RM2 atau RM3. Tiap-tiap hari bawa balik RM2, kesian kat anak-anak,”luahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI