fbpx

Perak tambah saiz Hutan Simpanan Kekal, tertinggi di semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Negeri Perak berjaya meningkatkan keluasan Hutan Simpanan Kekal kepada 988,700.88 hektar sehingga November 2023, bertambah 2,680.11 hektar berbanding tahun 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Teh Kok Lim berkata, saiz itu adalah 96.4 peratus daripada keluasan kawasan berhutan di Perak.

Tambahnya, pencapaian itu juga telah menjadikan Perak sebagai negeri yang mempunyai peratus keluasan Hutan Simpanan Kekal tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan peratusan sejumlah 47 peratus.

“Antara inisiatif lain yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak adalah dengan merealisasikan agenda Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 10 Juta Pokok di Negeri Perak.

“Sehingga November 2023, sejumlah 6.9 juta pokok dengan keluasan 16,260 hektar telah berjaya ditanam di seluruh negeri Perak,” katanya ketika membuat ucapan penggulungan portfolionya dalam Belanjawan 2024 Perak di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Jelas Exco itu juga, usaha berkenaan merupakan langkah menangani isu perubahan iklim seiring dengan inisiatif Perak Sejahtera 2030. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI