fbpx

‘Padang sekolah, bendang lagi cantik dari Stadium Nasional Bukit Jalil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memperlihatkan pekerja sedang melakukan pemulihan padang SNBJ menjelang aksi final Piala Malaysia pada Jumaat ini.

PETALING JAYA – Orang ramai mengkritik keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang disifatkan teruk seolah-olah belum bersedia sepenuhnya bagi aksi final Piala Malaysia berlangsung pada Jumaat ini.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, kelihatan beberapa pekerja melakukan kerja-kerja menabur sesuatu bahan bagi mengembalikan keadaan padang SNBJ.

Bagaimanapun, tindakan itu mendapat kritikan dan komen sinis daripada orang ramai yang mendakwa kerja penambahbaikan itu tidak sempat untuk aksi final Piala Malaysia.

Bukan itu sahaja, mereka turut membandingkan keadaan padang SNBJ itu dengan padang sekolah.

“Padang sekolah lagi cantik,” kata pengguna Facebook yang turut diakui seorang lagi netizen dengan mengatakan bendang juga lebih cantik.

“Macam tabur benih pokok je,” kata seorang lagi netizen merujuk kepada perbuatan pekerja itu dan kemudian dibalas individu lain, “malam ini tumbuhlah, ini benih baik punya”.

Selain itu, ada pengguna media sosial yang meninggalkan komen yang bimbang keselamatan pemain berdasarkan keadaan tekini padang SNBJ.

“Boleh cedera pemain,” kata individu itu.

“Tengok pun ngeri, boleh ‘makan’ buku lali dengan lutut,” kata pengguna lain.

Kosmo! hari ini melaporkan keadaan padang SNBJ terus menjadi tanda tanya sama ada bersedia atau tidak untuk digunakan pada final Piala Malaysia melibatkan Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Jumaat ini.

Pihak Liga Bola Sepak Malaysia dan Perbadanan Stadium Nasional masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu padang yang telah didedahkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Isnin lepas.

Pemerhati sukan negara, Datuk Dr. Pekan Ramli dipetik berkata, barisan pemain kedua-dua pasukan berisiko untuk mengalami kecederaan andai keadaan padang tidak dipulihkan dalam masa kurang tiga hari lagi menjelang final. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI