fbpx

Meriahnya nikah Bunga, netizen tanya mana Ariel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEPANJANG tempoh kematian suami, BCL hangat digosipkan menjalin cinta dengan Ariel Noah.

KETIKA kemeriahan majlis perkahwinan penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) dan Tiko Aryawardhana masih hangat menjadi tajuk berita, ramai peminat masih tercari-cari kelibat sahabat rapatnya, Ariel.

Perkara tersebut diluahkan sebilangan pengikut tegar BCL kerana hubungan akrabnya dengan vokalis Noah itu bukan baharu setahun dua.

Malah, tidak kurang yang berharap dapat melihat BCL dan Ariel bergambar bersama-sama rakan selebriti lain di lokasi perkahwinan terletak di Bali, Indonesia.

Begitupun daripada komen, ada yang memberi bayangan ketiadaan Ariel disebabkan bekas kekasihnya, Luna Maya juga hadir sebagai jemputan.

“Di mana Ariel? Patut tak muncul, ada bekas kekasihnya di situ,” usik seorang netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI