fbpx

Lelaki kongsi kenyataan terbuka sokong hubungan diplomatik Malaysia-Israel ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki tempatan berhubung kenyataan menyokong normalisasi hubungan Malaysia dan Israel, hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, penahanan Victor Yong, 36, bagi membantu siasatan kenyataannya ketika temu bual bersama pempengaruh dari Israel, Hananya Naftali yang tular di media sosial, baru-baru ini.

“Suspek dikenakan tindakan reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Jumaat setelah dibenarkan Mahkamah Majistret Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video di aplikasi X berdurasi 5 minit 33 saat memaparkan seorang individu mengakui dirinya dari Malaysia menyuarakan pandangan untuk normalisasikan hubungan dengan Israel selain menuntut membuka kedutaan negara tersebut di Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan masih dijalankan dan orang ramai dinasihat agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggangu proses siasatan.

“PDRM turut mengingatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutamanya melibatkan aspek keselamatan serta kedaulatan negara,” jelasnya.

Semalam, media melaporkan Wakil Aktivis Pro-Palestin Malaysia membuat laporan polis susulan tindakan seorang lelaki warga tempatan mencadangkan untuk normalisasi hubungan Malaysia-Israel dalam sebuah video tular, baru-baru ini.

Peniaga, Syed Muhammad Syaffiq, 36, berkata, pengisian video tersebut adalah berkaitan keinginan normalisasi hubungan Malaysia dan Israel selain mengkritik mengenai sokongan terbuka rakyat Malaysia terhadap Hamas.

Katanya, dia menyedari video temu bual antara pempengaruh Israel, Hananya Naftali dan seorang lelaki mengakui sebagai warga tempatan, Victor Yong Jeng dimuat naik di aplikasi X. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI