fbpx

Kelibat puntianak dirakam atas pokok selepas azan maghrib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELIBAT puntianak (dalam bulatan) dirakamkan di atas pokok di sebuah lokasi di Indonesia. - Foto @memomedsos/Instagram

JAKARTA – Satu video lembaga dipercayai puntianak dirakam secara tidak sengaja oleh seorang wanita di sebuah kolam renang di Indonesia selepas azan Maghrib berkumandang, lapor laman berita Tribun Jabar semalam.

Ketika kejadian, sebuah keluarga dilihat berada di kolam renang yang dikelilingi beberapa batang pokok dan belukar.

Namun, seorang wanita yang sedang merakam keadaan sekeliling kolam renang itu secara tiba-tiba terdiam kerana melihat lembaga aneh di atas pokok yang memakai pakaian berwarna putih.

Rakaman video itu dimuat naik di akaun Facebook Nisa Farma dan menjadi tular di platform media sosial lain.

Namun, belum diketahui dengan jelas mengenai lokasi penampakan makhluk halus itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI