fbpx

‘Kalau Shila Amzah masuk GV10, mesti peluang menang lagi besar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shila Amzah percaya rezeki buat dirinya dalam mana-mana pertandingan disertai sudah tertulis.

PETALING JAYA – Gagal menyerlah dalam program realiti, Famili Duo musim 3 (FD3), ramai berpendapat penyanyi Shila Amzah akan lebih berjaya sekiranya menyertai All Stars Gegar Vaganza (GV10).

Shila, 33, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah yang menyertai program realiti berkenaan bersama adik kandungnya, Syahir percaya bahawa rezeki itu sudah tertulis buat dirinya.

“Rezeki dah tertulis. Tapi, saya gembira untuk kakak-kakak saya (yang bertanding di GV10). Saya seronok kita bertanding masa GV9,” katanya membalas komen peminat.

Gagal membawa gelaran juara bahkan ‘tersingkir’ seminggu sebelum minggu final, ramai dalam kalangan peminat percaya perjalanan Shila akan lebih hebat sekiranya menyertai GV10 bersama penyanyi-penyanyi hebat lain.

“Kenapalah Shila tak ‘join’ Gegar Vaganza berbanding rancangan yang lagi satu itu. Dia dapat masuk (GV10) tapi dia tolak.

“Kalau ‘join’ GV10 mesti peluang Shila menang lagi besar berbanding FD3,” demikian antara komen ditinggalkan peminat dalam Instagram Shila.

Terdahulu, pasangan duo adik-beradik, yang dianggotai Syaiful dan Sharif Zero diumumkan sebagai juara program FD3 yang melabuhkan tirainya hujung minggu lalu sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI