fbpx

Cuaca buruk hampir di seluruh negeri hingga 7 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu berpotensi melanda negeri Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Kedah di Kulim dan Bandar Baharu, Pulau Pinang di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan dan Perak di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak,” katanya.

Selain itu, keadaan sama turut tertumpu di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai).

“Di Sabah, hujan serta ribut petir dijangka berlaku di kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan, manakala bagi negeri Sarawak pula melibatkan Sibu, Mukah, Kapit, Miri dan Limbang,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI